Friday, October 24, 2008

Isu Pembinaan Keluarga Islam ( PENGASUHAN ANAK-ANAK)


Berdasarkan perkembangan kehidupan masyarakat kini jelas menunjukkan tanggungjawab mengasuh anak-anak mula diberi perhatian. sebelum ini tanggungjawab ini lebih digalas oleh kaum wanita di mana tugas mengasuh anak-anak ini sukar dilakukan dan kurang menjadi perhatian lelaki. kaum ibu khususnya menjalankan tanggungjawab ini hanya berdasarkan pengalaman individu,adat dan amalan agama. walaupun begitu, masyarakat masa kini mula menyedari betapa sukarnya tanggungjawab mengasuh anak-anak dan ianya memerlukan penglibatan antara ibu dan bapa dalam usaha membentuk peribadi anak yang baik.

Ibu bapa pada masa kini harus mengetahui ilmu penjagaan anak dalam menghadapi kehidupan yang serba moden ini. ilmu dan kemahiran keibubapaan menjadi tuntutan dalam kehidupan berkeluarga kesan dari perkembangan anak-anak samada dari segi fizikal, ontelek, sosial dan emosi serta keperluan mereka untuk membesar dalam persekitaran yang merangsangkan perkembangannya terutamanya pada tahun-tahun awal selepas kelahiran. melalui ilmu dan kemahiran keibubapaan , ibu bapa dapat meningkatkan pemahaman mereka seterusnya menggerakkan strategi keibubapaan mereka.

Kesedaran ini adalah suatu perkembangan yang baik terhadap masyarakat umumnya dan keluarga khususnya kerana ia mampu menjadi penggerak bagi membina corak kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya. ini menunjukkan bahawa ilmu dan kemahiran keibubapaan merupakan satu tuntutan dalam membina institusi kekeluaragaan yang berjaya.

No comments: