Friday, October 24, 2008

Isu Undang-undang Islam (MENDAULATKAN SYARIAT ISLAMIYYAH)

Negara Islam ialah negara yang mendaulatkan Hukum Allah SWT, di mana ia mestilah dibuktikan dengan perkara-perkara berikut:

1. Syariat Islamiyyah hendaklah menjadi aqidah negara dan dari aqidah itulah ditegakkan Perlembagaan, Perundangan dan segala nizamnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah dipesankan dengannya akan Nabi Nuh, yang diwahyukan kepadamu dan dipesankan dengannya akan Ibrahim, Musa dan Isa agar kamu menegakkan agama dan janganlah kamu berpecah-belah tentangnya."

Jika negara itu dari awal-awal lagi tidak meletakkan Islam ke taraf tersebut seperti hanya diberikan tempat dan ruang di dalam Perlembagaan, di samping mengizinkan hukum-hukum lain mengatasi Hukum Islam maka ia dianggap syirik dan tiada nilai keIslaman yang sebenar di dalam kegiatan Islam atau yang bernama Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada Nabi-Nabi sebelummu, jika kamu syirik nescaya akan hapuslah amalan dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang rugi."

Apa yang tersebut bukanlah suatu kongkongan daripada keteguhan. Jalan yang ada di dalam Islam sudah cukup untuk memberi peluang yang seluas-luasnya kepada negara yang mengendalikan urusannya dan sebarang penerimaan yang lain adalah anggapan seolah-olah Islam ini tidak mempunyai kesempurnaan, Na'uzu billai min zalik.

2. Syariat Islamiyyah itu hendaklah diletakkan paling tinggi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Iaitu janganlah ada hukum atau undang-undang lain yang mengatasi hukum atau undang-undang atau mengatasi syariat Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Adalah bertentangan dengan Islam bahkan menipu rakyat apabila sesebuah negara menjadikan Islam sekadar agama Negara atau Islam dijadikan salah satu sumber rujukan sahaja dan sebaliknya mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

3. Perlaksanaan yang syumul (menyeluruh). Sebagaimana yang di fahami, Islam adalah agama yang syumul dan sempurna. Ajarannya mencakupi segala aspek kehidupan seperti aqidah, syariah, akhlak dan nizam, kerohanian dan kebendaan, kepentingan individu dan masyarakat. Tiap-tiap aspek ini berhubungkait di antara satu sama lain. Tanpa perlaksanaan yang menyeluruh nescaya akan gagal untuk mengatasi segala masalah. Oleh itu wajiblah bagi Negara Islam itu melaksanakan sifatnya yang syumul.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara-perkara yang dilakukan secara tadaruj (berperingkat) tetapi penerimaannya sebagai dasar negara secara menyeluruh adalah wajib. Islam tidak mengiktiraf penerimaan secara serpihan sahaja. Sesungguhnya melaksanakan Islam secara serpihan sahaja adalah suatu penyelewengan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang dengan pertolongannya menghalang perlaksanaan hukum Hudud (kanun Kesiksaan) maka sesungguhnya ia menentang Allah pada hukum-Nya."

Jika membatalkan satu Hukum Allah di anggap menentang-Nya dan derhaka maka bagaimana dengan mereka yang membatalkan lebih dari satu?

Sebarang perlaksanaan Islam oleh Negara Islam hendaklah menyatakan dasarnya yang jelas, niat yang ikhlas dan perancangan yang betul dan tepat dengan syariatnya.

Isu Negara Islam (MATLAMAT NEGARA ISLAM)

Di antara matlamat Negara Islam itu ialah menunaikan amanah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit bumi, bukit bukau dan gunung ganang, semuanya enggan memikul amanah itu dan khuatir mengkhianatinya, lalu dipikul amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.

Menurut pendapat Mufassirun, amanat itu memberi makna yang luas di antaranya ialah menegakkan undang-undang Allah dan mentadbir urusan manusia. Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya, zalim dan jahil itu dikecualikan orang yang diberi taufiq dan memohon pertolongan Allah. Para Nabi dan Rasul dan orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya tidak termasuk di dalam kalangan yang zalim. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul SAW dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya.”

Ayat ini bermaksud semua amanah, termasuk menegakkan hukum Allah SWT di dalam Negara Islam. Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang memberi makna tersebut. Al-Imam Muslim meriwayatkan di dalam syahihnya yang bermaksud:

“Dari Abi Zarr RA, katanya: ‘saya telah berkata kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, mengapa tidak melantik saya (memegang jawatan pemimpin), lalu ia menepuk bahu saya dengan tangannya kemudian ia bersabda, wahai Abu Zarr, awak seorang yang lemah, ia adalah amanah dan di akhirat nanti ia membawa kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambilnya dengan sebenar dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan kepadanya.”

Di dalam syahih Bukhari di sebut satu hadith berhubung dengan amanah yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah RA, katanya, sedang Rasulullah SAW berada dalam satu majlis, ia berucap kepada orang-orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Badwi), ia terus bertanyakan Rasulullah SAW:

“Bilakah kiamat?”

Rasulullah SAW meneruskan ucapannya. Ada orang yang berpendapat, ia mendengar pertanyaan itu dan ia tidak suka dengan cara pertanyaan seperti itu. Ada yang berpendapat ia tidak mendengarinya. Apabila Rasulullah SAW selesai berucap, tiba-tiba ia bersabda.

“Tadi saya mendengar ada orang yang bertanyakan tentang kiamat.”

Lalu orang Badwi tersebut menjawab.

“Ya, saya ya Rasulullah.”

Rasulullah SAW pun bersabda.

“Apabila dipersia-siakan amanah maka tunggulah kiamat.”

Orang Badwi itu bertanya lagi.

“Bagaimanakah mempersia-siakan amanah itu, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab.

“Apabila disandarkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya.”

Para ulama’ yang mengulaskan hadith ini mewajibkan pemerintah menyempurnakan matlamat amanah dengan melantik orang yang berkelayakan dan mempunyai sifat keIslaman.

Melaksanakan kerja pemerintahan secara Islam adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada negara, sama ada ia dipilih dengan keredhaan rakyat ataupun tidak. Kewajipan menunaikan amanah tetap dibebankan ke atas bahunya. Oleh itu maka wajiblah ia menunaikan amanah Allah SWT dan meletakkan amanah itu kepada rakyat menurut tempatnya yang betul menurut hukum Islam. Dengan itu ternyatalah sama ada ia berlaku adil atau tidak.

Kita perlu memahami bahawa bukanlah menegakkan Negara Islam itu menjadi kemuncak matlamat walaupun ia menjadi satu kewajipan yang tidak harus dipertikaikan lagi. Yang menjadi kemuncaknya ialah menegakkan masyarakat yang sempurna, yang terselamat dari penyakit kezaliman dan melampaui batas Allah SWT. Oleh itu menjadi kenyataan sejarah Islam, apabila ada golongan yang menerima dasar tersebut, maka wajiblah umat Islam memberikan kesetiaan kepadanya dan tetap mengekalkan pimpinan yang ada tanpa mengira di mana dan bila. Maka kita hendaklah tetap menentang kezaliman walaupun berlaku di Makkah dan oleh seseorang yang sebangsa dengan Rasulullah SAW.

Isu Pembinaan Keluarga Islam ( PENGASUHAN ANAK-ANAK)


Berdasarkan perkembangan kehidupan masyarakat kini jelas menunjukkan tanggungjawab mengasuh anak-anak mula diberi perhatian. sebelum ini tanggungjawab ini lebih digalas oleh kaum wanita di mana tugas mengasuh anak-anak ini sukar dilakukan dan kurang menjadi perhatian lelaki. kaum ibu khususnya menjalankan tanggungjawab ini hanya berdasarkan pengalaman individu,adat dan amalan agama. walaupun begitu, masyarakat masa kini mula menyedari betapa sukarnya tanggungjawab mengasuh anak-anak dan ianya memerlukan penglibatan antara ibu dan bapa dalam usaha membentuk peribadi anak yang baik.

Ibu bapa pada masa kini harus mengetahui ilmu penjagaan anak dalam menghadapi kehidupan yang serba moden ini. ilmu dan kemahiran keibubapaan menjadi tuntutan dalam kehidupan berkeluarga kesan dari perkembangan anak-anak samada dari segi fizikal, ontelek, sosial dan emosi serta keperluan mereka untuk membesar dalam persekitaran yang merangsangkan perkembangannya terutamanya pada tahun-tahun awal selepas kelahiran. melalui ilmu dan kemahiran keibubapaan , ibu bapa dapat meningkatkan pemahaman mereka seterusnya menggerakkan strategi keibubapaan mereka.

Kesedaran ini adalah suatu perkembangan yang baik terhadap masyarakat umumnya dan keluarga khususnya kerana ia mampu menjadi penggerak bagi membina corak kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya. ini menunjukkan bahawa ilmu dan kemahiran keibubapaan merupakan satu tuntutan dalam membina institusi kekeluaragaan yang berjaya.

Thursday, October 23, 2008

isu penuntut Islam IPT (ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR IPT SEMAKIN KRITIKAL)

Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia semakin bertambah daripada universiti yang ternama, ditambah pula dengan kolej-kolej swasta yang diwujudkan bagi menyambut seruan kerajaan untuk membina tamadun pendidikan yang jitu dan maju.

Tetapi apa yang menyedihkan adalah pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta ini sudah mula hilang identiti dan jatidiri, malah maruah dan martabat tidak lagi dipandang tinggi dan diambil peduli. Pelajar IPTA dan IPTS dikatakan demikian, kerana banyak berlaku gejala negatif dan tidak bermoral dikalangan mereka seperti berkhalwat, berzina, pergaulan bebas, menghisap dadah, ‘clubbing’, pembuangan bayi, pengguguran janin dan juga etika pakaian yang mula tidak dihirau dan dipandang enteng.Akhir-akhir ini apabila disebut soal pelajar IPT, masyarakat mula memandang sinis dan kecewa, ini adalah kerana apa yang berlaku kepada pelajar IPT adalah melampaui batasan seperti isu pembuangan bayi dan pengguguran janin serta pelajar yang melanggar etika pemakaian sopan yang dibuat oleh IPT. pakaian yang dipakai agak ketat, jarang serta pakaian yang menarik perhatian yang boleh dikatogarikan sebagai tidak sopan terutamanya bagi wanita.

Melihat dari kaca mata Islam, dalam buku “ADAB DAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA” karangan Hamidah Mat meletakkan garis panduan menutup aurat iaitu menutup aurat yang ditetapkan , pakaian yang longgar, pakaian yang tidak jarang dan bukan pakaian yang menarik perhatian. Jika seseorang wanita itu berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh maka pemakaian tersebut belum memenuhi kehendak syarak. Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asmak pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda :
Maksudnya: “ wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya.” Hadis Riwayat Abu Daud.
Perkara ini bolehlah dijadikan kayu ukur untuk pelajar IPT yang beragama Islam agar larangan Syarak tidak dilanggar. Nilai wanita bukanlah hanya pada pakaian tetapi pada akhlak dan tingkahlaku, ini kerana etika pakaian juga boleh dikatogarikan dalam akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “ sesungguhnya dunia itu semuanya kenikmatan bersifat sementara. Sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita solehah.” Hadis Riwayat Ahmad dan juga Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaai.

Dengan ini jelaslah bahawa kita sebagai pelajar Islam seharusnya menunjukkan tauladan yang baik kepada mereka yang bukan Islam dan bukannya memperlihatkan bahawa Agama Islam itu sama seperti Agama-agama yang mereka anuti.ayuhlah kita sama-sama memperbetulkan etika pemakaian kita agar ianya bertepatan dengan nilai Islam dan yang selaras dengan peraturan-peraturan IPT.

Wednesday, October 22, 2008

Isu ilmu-ilmu Islam (Utamakan Ilmu Agama)

Ilmu membuat seseorang jadi mulia, baik di hadapan manusia juga di hadapan Allah:

” ….Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al Mujaadilah [58] : 11)

kita sering menilai berapa lama kita mempelajari ilmu dunia dalam sehari, ada yang mengatakan belajar sekurang-kurangnya 5jam sehari barulah boleh berjaya. tetapi pernahkah kita menghitung berapa lama kita belajar ilmu agama? Adakah sejam sehari?

Jika tidak, sungguh malang nasib kita, padahal ilmu agama penting bagi kita guna mendapatkan kebahagiaan di akhirat. Bukankah kebahagiaan di akhirat lebih baik dan lebih kekal? Bukankah hidup di dunia hanya sementara saja?

Meskipun dia doktor falsafah, profesor atau Pakar Komputer, tapi jika tidak tahu ilmu agama sehingga sholat, puasa, zakat, dsb tidak benar niscaya dia akan masuk neraka.

Bukan maksud kita untuk meminggirkan ilmu dunia. Mempelajari ilmu dunia yang bermanfaat adalah fardhu kifayah. Sejarah Islam menunjukkan bahawa walaupun umat Islam gemar mempelajari ilmu agama, namun ilmu dunia mereka juga tinggi. Angka yang diguna pakai sekarang adalah angka Arab (Arabic Numeral) yang diperkenalkan oleh sarjana Muslim kepada dunia. Bukan angka Romawi atau Eropah! Aljabar (Algebra), Algoritma yang mengembangkannya adalah sarjana Muslim: Al Khawarizm. Demikian pula di bidang kedoktoran dikenal Avicenna (Ibnu Sinna), di bidang sosial Averroes (Ibnu Rusyid), dsb. Kimia (Chemical) juga berasal dari bahasa Arab Alkimia (Alchemy). Yang memperkenalkan angka 0 ke dunia adalah umat Islam. Itulah prestasi umat Islam di bidang ilmu dunia.

Jika sebagian muslim sudah mempelajarinya ilmu dunia seperti kedoktoran, maka gugurlah kewajiban itu bagi yang lainnya. Tapi mempelajari ilmu agama adalah fardu ‘ain, kewajiban bagi setiap Muslim. Tanpa ilmu, maka semua amalnya akan ditolak.

Menuntut ilmu juga niatnya semata-mata kerana Allah, bukan untuk kepentingan peribadi.

Dalam Kitab Bidayatul Hidayah, Imam Al Ghazali menulis sebagai berikut : “Wahai, hamba Allah yang rajin menuntut ilmu. Jika kalian menuntut ilmu, hendaknya dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata. Di samping itu, juga dengan niat kerana melaksanakan kewajiban kerana menuntut ilmu wajib hukumnya, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam laki-laki mahupun perempuan” [HR Ibnu Abdul barr]

Janganlah kita menuntut ilmu hanya untuk bermegah-megahan, sombong, menandingi dan mengalahkan orang lain, atau supaya orang merasa kagum dengan kita. dan janganlah kita menuntut ilmu semata-mata untuk mengumpulkan harta benda kekayaan duniawi. jika kita menuntut ilmu hanya kerana semua ini,ianya hanyalah akan merosakkan agama dan akan membinasakan diri sendiri.

Tuesday, October 21, 2008

Isu ekonomi Islam (perniagaan MLM)

Anda tahu apa itu 'MLM'?

Secara umum Multi Level Marketing (MLM) adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Tahukah anda apa hukum 'MLM'???

Ada beberapa bentuk MLM yang jelas pengharamannya seperti :
1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)
2) Jualan target sebagai syarat komisyen :Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

3) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

Dengan sedikit penerangan ini, dapat difahami tentang pengharaman sebahagian daripada perniagaan MLM. Walaupun begitu, ini hanyalah satu pandangan dan satu peringatan. Harus diketahui
bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah, beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Wallahu ‘alam.

Monday, October 20, 2008

ISU POLITIK ISLAM (POLITIK BUKANLAH PEREBUTAN KUASA)

Politik dalam pandangan Islam bukanlah sekedar berebut kekuasaan, tetapi lebih merupakan usaha pemeliharaan urusan kemaslahatan umat. Pemerintah bukanlah pihak yang dapat dengan sewenang-wenang mengeruk kekayaan negara dengan kekuasaan yang dimilikinya, justeru itu, ia bertanggungjawab agar membahagi kekayaan negara itu kepada seluruh umat khususnya untuk keamanan, pendidikan, dan kesihatan, sebelum ikut pula merasakannya. Parti politik bukanlah kumpulan orang-orang yang haus kekuasaan, tapi mereka adalah para pembela kebenaran yang siap mati dalam melakukan muhasabah kepada penguasa agar kemaslahatan umat terjaga. .

Taqiyuddin An Nabhani mendefinisikan siayasah (politik) sebagai ri’aayatu syu-unil ummah daakhiliyan wa kharijiyan atau memelihara urusan umat baik di dalam negeri maupun di luar negeri. Pemeliharaan urusan umat di dalam negeri dilaksanakan dengan menerapkan seluruh hukum dan peraturan Islam yang merupakan sebahagian dari mabda Islam. Sedangkan pemeliharaan urusan umat di luar negeri dilakukan dengan dakwah dan jihad fi sabilillah.

Bilakah atau sudahkah kedudukan politik luhur ini terwujud di negara-negara Islam???

Isu akidah Islam (Hilangnya Gadis-gadis kerana Aliran Sesat Al Qur’an Suci)

Aliran Al Qur’an suci sesat kerana tidak mengakui hadis sebagai pedoman atau ingkar sunnah / hadis. Selain ingkar sunnah aliran ini juga sesat kerana ingkar Al Qur’an dengan mengajarkan perzinaan padahal Allah melarangnya:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” [Al Israa’:32]

Ramai gadis-gadis yang menghilang dari keluarganya kerana berkumpul bersama dan berzina bersama kelompok Aliran Al Qur’an Suci.

Cara mendidiknya misalnya dengan mengajak ikut pengajian kepada wanita yang solat di masjid-masjid.

Untuk menghindari hal ini sebaiknya jika ada orang yang tidak dikenali mengajak ikut pengajian, berhati-hatilah. Ikutilah pengajian yang memang sudah dikenal baik sejak lama seperti pengajian At Tahiriyah, DDII (Dewan Dakwah), Asy Syafi’iyah. Jangan mengikuti orang yang belum kita kenal.

Dengan situasi menghilangnya ramai gadis kerana aliran Al Qur’an suci hendaknya segera bertindak dan mencari pimpinan kelompok Al Qur’an suci agar tidak meresahkan masyarakat.

Isu pendidikan anak-anak (Haram Ummat Islam Menyekolahkan Anaknya di Sekolah Kristian/Katholik)

Saat ini ramai orang Islam yang masih menyekolahkan anaknya di sekolah Kristian/Katholik meskipun ada sekolah Umum/Negeri dan Sekolah Islam Terpadu yang mutunya baik.

Bagi orang Kristian/Katholik menyekolahkan anaknya di sekolah Kristian/Katholik wajar kerana mereka ingin agar anaknya mendapat ilmu agama Kristian/Katholik yang cukup sehingga boleh menjadi penganut Kristen/Katholik yang baik. apatah lagi kalau ada orang Islam yang menyekolahkan anaknya di situ, adakah mereka ingin anaknya jadi orang Kristian/Katholik?

Kalau sampai begitu, maka ibu bapanyalah yang paling berdosa kerana sengaja menghantar anaknya di sekolah Kristian/Katholik sehingga dididik sesuai ajaran agama tersebut.

Umumnya orang Islam yang menyekolahkan anaknya di situ kerana ingin anaknya disiplin atau berjaya dalam kehidupan dunia. Padahal di situ ajaran Kristian/Katholik diajarkan dengan intensif sehingga jadi norma, standart, dan roh sekolah tersebut.

Di sekolah itu setiap hari murid-muridnya diajarkan dan disuruh berdoa. Doanya tentu ditujukan kepada Tuhan mereka: Tuhan Bapa, Tuhan Yesus, dan Roh Kudus.

Padahal dalam Islam dijelaskan bahwa orang yang menganggap Isa itu Tuhan adalah kafir:

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putera Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” [Al Maa-idah:72]