Tuesday, September 2, 2008

isu penghayatan Islam

"Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan."

jadikanlah kata-kata ini sebagai peringatan kepada kita semua agar dapat menghindarkan diri kita daripada kancah maksiat yang semakin berleluasa sekarang ini. bukan mudah untuk kita menolak ajakan nafsu yang kearah keburukan, lebih-lebih lagi ianya disertakan dengan hasutan syaitan yang merupakan musuh utama manusia yang terang lagi nyata.

Bukan sahaja mereka yang tidak mengaji agama yang terjebak dengan perkara-perkara keburukan ini, malahan ada juga pelajar-pelajar agama atau bekas pelajar agama turut menyertainya. masalah ini berpunca daripada pelajar itu yang tidak menghayati sepenuhnya apa yang diajar oleh gurunya di sekolah, mereka mengaji sekadar untuk mengetahui dan untuk menjawab soalan peperiksaan, mereka tidak mengerti maksud ibu bapa menghantar mereka ke sana, bagi mereka pergi ke sekolah hanyalah menuntut ilmu an berjaya dalam pelajaran tanpa menghayati apa yang selama ini dipelajari.

akibatnya inilah yang berlaku pada mahasiswa/i islam kita sekarang, tiba sahaja di IPT, sedikit demi sedikit berlaku perubahan pada diri sehingga akhirnya terdapat segelintir daripadanya sampai tahap dibuang dari IPT. harap sahabat dapat memahami apa yang dimaksudkan disini.

akhirnya, sama-samalah kita muhasabah diri kita lagi agar terhindar dari perkara-perkara seperti ini yang kita sendiri tidak menyukainya. bertapa pentingnya penghayatan dalam Agama.